PEMAIN Sweden kecewa selepas mereka tewas kepada Ukarine. FOTO EPA
PEMAIN Sweden kecewa selepas mereka tewas kepada Ukarine. FOTO EPA
Agensi

Glasgow: Pengurus Sweden, Janne Andersson enggan menyalahkan pemain pertahanan, Marcus Danielson yang di arah keluar padang pada waktu tambahan dan akhirnya menyaksikan Sweden tewas 1-2 kepada Ukraine di pusingan kedua Euro 2020 di Hampden Park sekali gus menyaksikan perjuangan mereka akhirnya menemui titik noktah.

Sweden mempunyai banyak peluang pada waktu sebenar yang mana percubaan terkena tiang dan palang gol pada separuh masa kedua namun Danielson dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran sembilan minit dalam tambahan membuka ruang buat Ukraine menjaringkan gol kemenangan.

Ditanya apa yang dikatakan kepada Danielson selepas wisel penamat, Andersson dilihat cuba menahan air matanya.

"Saya hanya memeluknya.

"Inilah perkara buruk yang saya pernah alami dalam konteks bola sepak, ia sangat kejam. Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik dan tewas itu sebenarnya sangat sukar.

"Mereka (pemain) berjuang seperti apa yang mereka mahukan dan kemudiannya mereka tewas dalam beberapa minit sebelum tamat ia sangat sakit dan kejam, ia tidak menjadi lebih buruk apabila kami bercakap mengenai sukan.

Pemain sayap Emil Forsberg, yang meledakkan empat gol pada Euro 2020 Sweden, menceritakan apa yang terjadi di bilik persalinan.

"Suasana yang cukup memilukan di bilik persalinan. Tidak banyak bercakap kerana kami semua sangat kecewa. Ia rasa terlalu menyedihkan. Ini bukanlah yang kami harapkan tapi itulah bola sepak.

"Kami adalah pasukan yang lebih baik, mencipta lebih banyak peluang (terkena) tiang dan palang, ia menyedihkan. Kad merah mempengaruhi permainan," kata Forsberg.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 11:18 AM