PEMAIN Ukraine meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir selepas menewaskan Sweden 2-1 pada waktu tambahan selepas kedudukan terikat 1-1. FOTO EPA
PEMAIN Ukraine meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir selepas menewaskan Sweden 2-1 pada waktu tambahan selepas kedudukan terikat 1-1. FOTO EPA
AFP

Glasgow: Tandukan Artem Dovbyk pada minit ke-121 membawa Ukraine mara ke suku akhir Euro 2020 bertemu England selepas mereka menewaskan Sweden 2-1.

Ukraine mara ke pusingan kedua biarpun hanya meraih tiga mata dalam saingan peringkat kumpulan, layak kerana Sweden menewaskan Poland yang berada di tangga teratas Kumpulan E mengatasi Sepanyol.

Namun pasukan bimbingan Andriy Shevchenko bertekad membuktikan mereka layak ke pusingan kalah mati apabila Oleksandr Zinchenko meletakkan pasukan itu di hadapan.

Emil Forsberg bagaimanapun meledakkan gol penyamaan buat Sweden sebelum separuh masa pertama tamat dengan percubaan pemain tengah RB Leipzig dua kali terkena palang gol pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun kad merah yang dilayangkan kepada Marcus Danielson sembilan minit pada waktu tambahan memberi kesan buat Sweden.

Shevchenko berkata, sebelum perlawanan pasukannya sudahpun mencapai objektif apabila melepasi saingan peringkat kumpulan.

Namun bekas penyerang AC Milan kecewa apabila tewas kepada Austria 0-1 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan biarpun bermula dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 6:25 AM