AKSI  Danielsson (kiri) mengasari  Besedin. FOTO AFP
AKSI Danielsson (kiri) mengasari Besedin. FOTO AFP
Agensi

London: Skuad England mendapat khabar gembira selepas bintang Ukraine Artem Besedin terpaksa melupakan aksi suku akhir Euro 2020 di Rom Ahad ini.

Besedin menjadi mangsa terjahan keras Marcus Danielson yang menyebabkan pertahanan Sweden itu dilayang kad merah.

Ukraine kemudiannya meledak gol kemenangan pada minit akhir masa tambahan tetapi kemenangan itu 'terlalu mahal'.

Besedin terpaksa pulang ke negaranya dan tidak dapat beraksi pada baki saingan jika Ukraine menewaskan England.

Penyerang tengah itu masuk sebagai pemain gantian untuk Ukraine dalam tiga daripada empat perlawanan di Euro 2020.

Beraksi keseluruhan 36 minit, Besedin menjadi nadi kepada pasukannya mara ke suku akhir walaupun gagal meledak gol atau membantu bantuan jaringan.

Pertahanan Sweden Danielson diarah keluar padang selepas kekasaran dilakukan pada masa tambahan ketika kedudukan terikat 1-1.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 1:38 AM