PENJARING gol kemenangan Sweden, Viktor Claesson (kanan) diraikan Sebastian Larsson selepas mereka mara ke pusingan kalah mati hasil kemenangan 3-2 ke atas Poland. FOTO AFP
PENJARING gol kemenangan Sweden, Viktor Claesson (kanan) diraikan Sebastian Larsson selepas mereka mara ke pusingan kalah mati hasil kemenangan 3-2 ke atas Poland. FOTO AFP
AFP

Saint Petersburg: Viktor Claesson menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi membolehkan Sweden menewaskan Poland 3-2, hari ini, sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan E dan layak ke pusingan kalah mati Euro 2020.

Emil Forsberg menjaringkan dua gol, termasuk gol pertama selepas 81 saat perlawanan bermula, tetapi dua gol Robert Lewandowski memberikan harapan kepada Poland untuk layak.

Bagaimanapun, jaringan Claesson memastikan kemenangan Sweden manakala Poland tersingkir.

Anak buah Janne Andersson yang sudah layak lebih awal, bermula cemerlang apabila Forsberg menjaringkan gol kedua dalam dua perlawanan, menerusi jaringan kedua terpantas dalam sejarah Kejuaraan Eropah.

Penyerang RB Leipzig itu merembat masuk selepas mengatasi Kamil Jozwiak untuk gol sulung hanya selepas 81 saat perlawanan bermula.

Memandangkan Poland perlu menang untuk layak, percubaan Lewandowski dua kali terkena palang.

Forsberg menjaringkan gol kedua untuk Sweden pada minit ke-59 sebelum Lewandowski menyamakan kedudukan pada minit ke-61 dan 84.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 2:54 AM