PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny gagal menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi  Forsberg. FOTO AFP
PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny gagal menyelamatkan gawangnya daripada ditembusi Forsberg. FOTO AFP
Agensi

St Petersburg: Janne Andersson menghargai sumbangan pemain baharu, Emil Forsberg selepas jaringannya membolehkan Sweden mara ke peringkat kalah mati Euro 2020.

Pemain tengah RB Leipzig itu meledak dua gol bagi mematikan kebangkitan Poland sebelum menang 3-2 untuk muncul juara Kumpulan E dan empat daripada 12 jaringan Forsberg untuk negaranya dijaringkan tahun ini .

Andersson berkata: "Dia tampak tenang sebagai individu. Dia pernah berkata dia berasa lebih harmoni dan lebih baik di atas padang.

"Dia selalu bagus dengan pasukan kebangsaan dan ia faktor penting kepada kami.''

Sweden tidak melepaskan sebarang gol di Euro 2020 sebelum menentang Poland tetapi

FROSBERG meledak 12 gol untuk Sweden tahun ini.
FROSBERG meledak 12 gol untuk Sweden tahun ini.

Robert Lewandowski mencetuskan inspirasi kebangkitan Poland dengan meledak dua jaringan.

Bagaimanapun, Andersson mahu pemainnya pantas memperbaiki pertahanan yang goya menjelang aksi pusingan kedua.

"Gol pertama Poland fantastik dengan kemahiran individu. [Lewandowski] pemain berkemahiran tinggi, mungkin juga yang terbaik di dunia dan dia meledak dua kali.

"Kami agak kecewa tetapi kami menjaringkan tiga gol. Pada babak kedua kami bertahan terlalu ke dalam. Kami perlu teliti semula perlawanan ini dan menganalisanya semula.

"Keseluruhannya saya gembira tetapi ada aspek yang kami perlu perbaiki.''

Sweden kini mempunyai lima hari lagi menjelang aksi menentang Ukraine, sesuatu yang melegakan Andersson.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 9:13 AM