FCF desak CONMEBOL Pitana. FOTO Agensi
FCF desak CONMEBOL Pitana. FOTO Agensi
Agensi

Rio de Janeiro: Persekutuan Bola Sepak Colombia (FCF) meminta penganjur Copa America untuk menggantung pengadil yang mengadili perlawanan ketika mereka tewas 1-2 kepada Brazil dengan mengatakan bahawa pengadil berkenaan bertindak berat sebelah.

Nestor Pitana, pengadil dari Argentina yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2018, meneruskan perlawanan biarpun bola yang terkenanya melantun keluar dari luar kotak penalti Colombia membolehkan Roberto Firmino menanduk masuk gol penyamaan.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, pemain Colombia melakukan protes sehingga menyebabkan perlawanan terhenti 10 minit dengan tuan rumah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100.

Colombia bagaimanapun terlebih dahulu mendahului perlawanan minit ke-10 menerusi Luis Diaz.

"VAR (Video Assistant Referee) menunjukkan hantaran daripada pemain Brazil yang sepatutnya ke arah pemain Colombia melambung terkena pengadil," jelas persekutuan Colombia yang mendesak Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan CONMEBOL untuk menggantung pengadil itu.

CONMEBOL mengambil langkah luar biasa untuk menangani kontroversi antara Pitana dan pegawai VAR semalam.

Penganjur mengatakan bahawa kejadian itu "tidak menjanjikan serangan seperti yang diharapkan" dan perlu meneruskan perlawanan dan tidak diberhentikan.

Biarpun mereka tewas, Colombia masih mara ke saingan lapan terakhir bersama-sama Brazil.

Aksi Copa America membabitkan 10 pasukan dari Amerika Selatan akan tamat 10 Julai ini dengan perlawanan akhir akan berlangsung di Rio de Janeiro.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 8:35 AM