JESUS dilayang kad merah ketika menentang Peru. - FOTO Agensi
JESUS dilayang kad merah ketika menentang Peru. - FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN Brazil, Gabriel Jesus dikenakan hukuman penggantungan dua bulan aksi antarabangsa dan denda AS$30,000 (RM123,000) angkara kelakuannya selepas dibuang padang pada final Copa America, menurut badan bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL hari ini.

Jesus menjaringkan gol ketika menewaskan Peru 3-1 tetapi dibuang padang pada minit ke-70 selepas mendapat kad kuning kedua.

Penyerang Manchester City itu membantah keputusan pengadil dan melepaskan geram dengan menendang botol air dan menolak monitor VAR sebelum meninggalkan padang.

"Gabriel Jesus digantung dua bulan bermula hari ini selepas notis dikeluarkan,” menurut kenyataan CONMEBOL dalam laman webnya.

"Dia tidak boleh beraksi bersama skuad kebangsaan dalam tempoh itu.”

Penggantungan itu bermakna Jesus bakal terlepas aksi persahabatan menentang Colombia dan Peru bulan depan tetapi pemain berusia 22 tahun itu mempunyai tujuh hari untuk membuat rayuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 10:11 PM