METER digital sepenuhnya untuk CPx Pro.
METER digital sepenuhnya untuk CPx Pro.
GABUNGAN analog dan digital untuk TC Max.
GABUNGAN analog dan digital untuk TC Max.
SKUTER EV VMoto.
SKUTER EV VMoto.
MOBILITI emisi sifar.
MOBILITI emisi sifar.
Lizam Ridzuan


BUKAN sahaja kereta dilimpahi pelbagai jenis model kenderaan elektrik (EV), tetapi motosikal juga tidak terkecuali dengan pengenalan dua model iaitu VMoto TC Max dan CPx Pro baru-baru ini.

Dipasang dan diedarkan di negara ini menerusi syarikat NH EV Tech ia adalah motosikal segmen kafe racer dan skuter bagi penawaran kenderaan untuk mobiliti sifar emisi.

Turut hadir ketika pelancaran ialah bekas juara lima kali kejuaraan MotoGP Jorge Lorenzo yang juga duta VMoto.

Untuk CPx Pro didatangkan dengan motor elektrik 8 kW yang mampu mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer/sejam sesuai buat tunggangan dalam bandar.

Syarikat itu juga menyasarkan kepada pendekatan Perniagaan ke Perniagaan (B2B), Perniagaan ke Government (B2G) dan Perniagaan ke pengguna (B2C) yang motosikal kedua model ini boleh ditambah dengan aksesori tambahan seperti beg sisi, siren, sistem radio yang sesuai buat tugasan rondaan terutama polis, tentera dan syarikat keselamatan.

TC Max didatangkan dengan kuasa yang bersamaan 6.7 kuasa kuda (hp) yang menyamai kuasa jentera 125cc serta tork 160Nm.

DUTA jenama, Jorge Lorenzo.
DUTA jenama, Jorge Lorenzo.

Motor elektriknya 5kw dijana menerusi tali sawat janaan roda belakang dengan bateri lithium-ion 60v serta satu pengecasan penuh ia mampu bergerak sejauh 130km dengan tempoh mengecas sekitar tiga hingga empat jam.

TC Max dengan berat 79kg, ketinggiaan pelana 770mm, fork upside down dan brek cakera hadapan dan belakang serta suspensi monoshock.

Ia dengan jarak kelegaan jalan 188mm dan berat jentera 101 kilogram (kg).

Untuk skuter CPx Pro ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 220km menerusi kuasa 10.72hp dan tork 258Nm serta kelajuan maksimum 105km/j.

MOBILITI urban.
MOBILITI urban.

Ia juga dengan berat 143kg, jarak kelegaan jalan 154mm, bateri 2.7KwH serta dilengkapi dengan fungsi mengundur dan ruang simpanan yang banyak.

Untuk pasaran Malaysia iadijual pada harga RM19,900 (TC Max) dan RM25,900 (CPX Pro) semua harga atas jalan tanpa insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2024 @ 6:20 AM