GORETZKA membuat simbol bentuk hati ditujukan kepada penyokong Hungary. FOTO Agensi
GORETZKA membuat simbol bentuk hati ditujukan kepada penyokong Hungary. FOTO Agensi
Agensi

Munich, Jerman: Leon Goretzka membantu Jerman untuk menyingkirkan Hungary dalam saingan Euro 2020 menerusi gol lewat perlawanan yang penuh dramatik dalam aksi Kumpulan F.

Di sebalik kegembiraan yang dirasai, dia memiliki keberanian untuk membuat bentuk hati ditujukan kepada penyokong Hungary yang dituduh sebagai homofobia dan rasis.

Puluhan peminat membawa bendera pelangi, simbol kepada komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menyaksikan perlawanan itu sebagai tindak balas kepada larangan kerajaan Hungary mengenai promosi homoseksual kepada kanak-kanak bawah umur.

Uefa sebelum ini tidak membenarkan Allianz Arena di Munich dihiasi lampu berwarna pelangi sebelum perlawanan.

Badan pentadbir bola sepak Eropah enggan membenarkan tindakan itu kerana konteks politiknya.

"Perkauman, homofobia, seks dan semua bentuk diskriminasi mewarnai masyarakat kita dan ia adalah salah satu masalah terbesar yang dihadapi sekarang ini," kata pernyataan dari UEFA.

"Tingkah laku itu merosakkan perlawanan kedua-dua pasukan dan di luar stadium mereka meraikannya.

"Bagaimanapun Uefa melalui undang-undangnya adalah organisasi yang berpendirian yang memberi penekanan kepada politik dan agama. Memandang ia adalah permintaan berbentuk politik oleh Hungary, Uefa memutuskan untuk menolak permintaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 8:34 AM