Gambar fail menunjukkan Allianz Arena dihiasi warna pelangi pada 30 Januari lalu. FOTO AFP
Gambar fail menunjukkan Allianz Arena dihiasi warna pelangi pada 30 Januari lalu. FOTO AFP
AFP

Berlin: Presiden Uefa, Aleksander Ceferin, hari ini menyatakan badan bola sepak itu tidak mahu terbabit dengan permintaan populis daripada ahli politik.

Beliau turut mempertahankan keputusan tidak membenarkan Allianz Arena di Munich dihiasi lampu berwarna pelangi sebagai sokongan kepada komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

"Uefa tidak boleh digunakan sebagai alat kepada ahli politik," kata Ceferin kepada akhbar Jerman, Die Welt selepas Datuk Bandar Munich membuat permintaan menggunakan warna itu sebagai protes kepada larangan kerajaan Hungary mengenai promosi homoseksual kepada kanak-kanak bawah umur.

"Kami tidak mahu digunakan untuk langkah populis," kata Ceferin.

Pihak berkuasa Munich sebelum ini merancang menggunakan lampu warna pelangi untuk perlawanan terakhir Kumpulan F antara Jerman dan Hungary, sebagai langkah memprotes keputusan kerajaan Hungary itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 10:53 PM