Zdenek Ondrasek (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menewaskan England, 2-1 pada aksi kelayakan Euro. FOTO AFP
Zdenek Ondrasek (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menewaskan England, 2-1 pada aksi kelayakan Euro. FOTO AFP
Reuters

PENYERANG Republik Czech, Zdenek Ondrasek menunggu lebih dari sedekad untuk penampilan pertama bersama skuad kebangsaannya.

Pemain yang dikenali dengan gelaran ‘Czech Cobra’ memperoleh peluang menjaringkan gol lewat dengan kemenangan bergaya 2-1 ke atas England dalam saingan kelayakan Euro, awal pagi ini.

Pemain yang mencipta nama di luar negara berusia 30 tahun masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-65 dan memastikan kemenangan lima minit kemudian apabila dia dengan penuh yakin melakukan rembatan melepasi jangkaan penjaga gol Jordan Pickford selepas Lukas Masopust melakukan hantaran dan memberi ruang kepada main itu untuk gol kemenangan pasukan.

Jaringannya pada perlawanan pasukan di tangga teratas kumpulan A berdepan England yang mencatat kekalahan pertama di kejohanan kelayakan dalam tempoh 10 tahun.

Pengurus Czech Jaroslav Silhavy, yang melatih Ondrasek di awal kariernya berkata dia memilih untuk memasukkan penyerang itu kerana dia beberapa kali menjaringkan gol di Amerika Syarikat.

“Adalah benar bahawa saya mengenali Zdenek,” kata Silhavy. “Dia menjaringkan gol ketika latihan dan mempunyai sikap yang positif apabila kami bercakap dengannya. Jadi semuanya membantu kami dengan keputusan untuk meletakkan dia sebagai pemain gantian pertama dan ia berbaloi.”

Ondrasek memulakan karier bersama kelab Divisyen Dua - Ceske Budejovice pada 2007 sebelum meluangkan masa pada divisyen tiga. Dia kemudian beraksi dalam liga utama Norway bersama Tromso pada 2012 sebelum menyertai Wisla Krakow pada 2016 di mana dia menjaringkan 20 gol di peringkat liga dalam 66 perlawanan saingan Divisyen Satu Poland.

Ondrasek yang nama panggilan digelar rakan rapatnya daripada tatoo cobra gergasi di belakang badannya, menjaringkan tujuh gol dalam 17 penampilan buat FC Dallas pada musim ini selepas menandatangani kelab MLS Amerika Syarikat pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 10:47 AM