PEMAIN Brentford meraikan kejayaan mara ke EPL musim depan. FOTO Agensi
PEMAIN Brentford meraikan kejayaan mara ke EPL musim depan. FOTO Agensi
AFP

London: Brentford berjaya layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 74 tahun apabila mengalahkan Swanse dalam perlawanan akhir playoff Liga Kejuaraan.

Pasukan bimbingan Thomas Frank itu melengkapkan kisah dongeng mereka hasil gol separuh masa pertama Ivan Toney dan Emiliano Marcondes di Wembley.

Pemain Swansea, Jay Fulton diperintah keluar padang pada pertengahan separuh masa kedua sekali gus menyukarkan lagi buat pasukannya untuk bangkit semula.

Selepas baru dua musim beraksi di gelanggang baru Stadium Brentford Community, The Bees akan menanti kunjungan pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Liverpool ke London barat.

Selepas tumpas kepada Fulham dalam perlawanan akhir playoff musim lalu, Brentford sebenarnya gagal mencari slot ke EPL selepas sembilan kami tumpas dalam saingan playoff.

Tidak ada pasukan yang kalah lebih banyak berbanding Brentford di perlawanan akhir playoff iaitu sebanyak empat kali namun Frank mengakui bahawa badi berkenaan sudah terhapus.

"Saya tidak tahu untuk menjelaskan perkara ini. Ia adalah perjalanan yang panjang. Kumpulan pemain ini sangat luar biasa. Semua orang memainkan peranan utama.

"Perasaan ketika ini adalah sangat tenang dan santai. Bersedia dengan cabaran baru. Sekarang saya mahu bergembira dan selepas itu baru risaukan mengenai EPL," katanya.

"

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 11:19 AM