LIMA lagi perlawanan untuk hujung minggu ini juga terpaksa ditunda selepas kes melonjak dalam pasukan Manchester United, Brentford, Norwich dan Watford. FOTO Agensi
LIMA lagi perlawanan untuk hujung minggu ini juga terpaksa ditunda selepas kes melonjak dalam pasukan Manchester United, Brentford, Norwich dan Watford. FOTO Agensi
AFP

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) menangguhkan enam lagi perlawanan susulan penularan virus Covid-19 yang kembali melanda Britain, tetapi menegaskan mereka akan cuba meneruskan saingan sebaik mungkin.

Perlawanan antara Leicester dan Tottenham ditunda beberapa jam sebelum sepak mula semalam.

Lima lagi perlawanan untuk hujung minggu ini juga terpaksa ditunda selepas kes melonjak dalam pasukan Manchester United, Brentford, Norwich dan Watford.

Pertembungan antara United dan Brighton di Old Trafford, kunjungan Brentford ke laman Southampton, pertemuan antara Watford dan Crystal Palace serta West Ham menentang Norwich ditunda termasuk aksi antara Leicester dan Everton.

Untuk hari kedua berturut-turut, jumlah kes Covid-19 menigkat di Britain apabila varian Omicron mula mengganas, dengan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa krisis itu boleh menjejaskan musim bola sepak.

"Kes Covid-19 semakin memuncak di semua kelab EPL. Semua orang sedang menanganinya dan berdepan masalah.

"Untuk menangguhkan perlawanan minggu ini dan juga Piala Liga minggu depan mungkin akan memberikan ruang seminggu atau sekurang-kurangnya empat hingga lima hari membersihkan padang latihan bagi memutuskan rantaian," kata pengendali Brentford Thomas Frank.

Bagaimanapun, EPL menegaskan perlawanan akan diteruskan jika ia selamat untuk berbuat demikian dan mempertahankan rasional penangguhan berdasarkan kes demi

kes bukannya berdasarkan selepas seseorang itu sudah tidak lagi positif.

"Walaupun menyedari beberapa kelab sedang berdepan wabak Covid-19, adalah menjadi hasrat EPL untuk meneruskan jadual perlawanan dengan selamat.

"Kesihatan dan kesejahteraan semua yang berkenaan tetap menjadi keutamaan kami," kata EPL dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 12:22 PM