VAN Dijk merasakan dia perlu fokus kepada pemulihan kecederaan. FOTO AFP
VAN Dijk merasakan dia perlu fokus kepada pemulihan kecederaan. FOTO AFP
AFP

London: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengesahkan tidak akan beraksi bersama skuad Belanda di Euro 2020 bagi memberi tumpuan untuk kembali cergas menjelang musim depan.

Pertahanan tengah, yang juga ketua pasukan Belanda, tidak beraksi selama tujuh bulan kerana menjalani pembedahan akibat kecederaan lutut kanan.

"Pemulihan kecederaan saya berjalan dengan baik. Saya berada pada tahap terakhir, jadi saya perlu membuat keputusan sama ada ingin terbabit dalam Euro atau tidak.

"Dengan apa yang sedang berlaku sekarang, saya berasa ia keputusan tepat untuk tidak beraksi di Euro dan akan melalui fasa terakhir pemulihan ketika musim berehat.

"Jadi fokusnya adalah untuk pramusim bersama kelab dan itu adalah matlamat yang realistik," katanya.

Van Dijk, 29, berkata, dia berasa rugi tidak beraksi di Euro yang ditangguhkan dan akan diadakan bulan depan namun ia adalah keputusan paling tepat buatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 10:39 PM