Jurgen Klopp memuji aksi Trent Alexander-Arnold (kanan). FOTO Agensi
Jurgen Klopp memuji aksi Trent Alexander-Arnold (kanan). FOTO Agensi
Agensi

London: Penjaring gol kemenangan Liverpool, Trent Alexander-Arnold tidak ada sebab untuk 'membuktikan segalanya' kata Jurgen Klopp ketika mereka meraikan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa, malam tadi.

Alexander-Arnold, tercicir daripada senarai skuad England, meledak gol pada minit akhir perlawanan untuk menamatkan kekalahan keenam berturut-turut skuad Reds di Anfield.

"Ia adalah kemenangan yang bermakna, ia sangat penting untuk mencatat kemenangan. Sangat melegakan," kata Klopp.

"Kami memerlukan kemenangan hari ini, tiga mata ini cukup besar."

Ollie Watkins memberi Villa gol pendahuluan, sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan buat Liverpool dan Alexander-Arnold menceriakan tuan rumah dengan rembatan jarak jauh pada minit akhir perlawanan.

Bos England, Gareth Southgate turut menyaksikan perlawanan itu selepas tidak menyenaraikan pemain pertahanan berkenaan bagi aksi awal England dalam kempen kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

"Secara jujurnya, saya tidak fikir dia perlu membuktikan segalanya," kata Klopp.

"Dia boleh beraksi dalam musim hebat sepanjang karier dan jurulatih skuad kebangsaan harus mengambil keputusan dan kami menghormatinya.

"Trent hanya beraksi dengan baik setiap kali diturunkan. Sejak 10 hari terakhir, dua kali dia beraksi dengan menakjubkan dan hari ini dia menjaringkan gol."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 7:46 AM