ALEXANDER Arnold sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
ALEXANDER Arnold sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
Reuters

Liverpool: Pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold sudah sembuh dari kecederaan hamstring yang menyaksikan dia terlepas aksi antarabangsa bersama England dan mungkin bakal diturunkan dalam saingan hujung minggu ini ketika Liverpool menentang Watford.

Alexander Arnold, yang menjadi tonggak utama Liverpool selepas meledak dua gol dan 17 hantaran menghasilkan jaringan daripada 35 perlawanan untuk semua kejohanan musim ini, terpaksa diketepikan ketika England beraksi dalam aksi persahabatan menentang Switzerlanda dan Ivory Coast.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan Alexander Arnold tidak dapat beraksi dalam tempoh beberapa minggu lagi namun berkata, pemain berusia 23 tahun itu kembali berlatih bersama pasukan menjelang aksi menentang Watford esok.

"Trent mahu beraksi bersama skuad kebangsaan namun dia tidak berjaya. Imbasan menunjukkan dia tidak dapat beraksi dalam mana-mana perlawanan namun ada kalanya kecederaan tidak begitu serius sehinggakan anda tidak bermain selama lima enam minggu,

"Kadang-kadang dua minggu. Itulah kes dengan Trent. Ia sukar untuk esok tetapi ia mungkin... ia bergantung kepada apa yang dia lakukan dalam latihan pasukan hari ini.

"Ia adalah sengit apa yang dia lakukan dengan bahagian pemulihan dan kecergasan kami sebelum dia berlatih (secara berasingan), jadi secara fizikal dia sepatutnya baik-baik saja. Sekarang saya perlu membuat keputusan," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2022 @ 10:13 PM