JURGEN Klopp. FOTO AFP
JURGEN Klopp. FOTO AFP
Reuters

London: Bos Liverpool, Jurgen Klopp berharap skuadnya dapat meneruskan momentum yang mereka miliki sebelum rehat antarabangsa apabila menentang Wolverhampton Wanderers di Molineux, esok.

Liverpool menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengutip 10 mata daripada empat perlawanan dan membelasah Aston Villa pada perlawanan terakhir liga 3 September lalu sebelum rehat antarabangsa.

"Kami sangat berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas bertemu Aston Villa, yang mana ia adalah perlawanan sangat bagus," kata Klopp kepada pemberita, hari ini.

Trent Alexander-Arnold yang mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Villa, dilihat sudah cergas dan bakal menyertai pasukan," kata Klopp.

Jurulatih Jerman itu bimbang dengan tahap kecergasan barisan pemainnya selepas mengharungi aksi antarabangsa baru-baru ini.

"Saya rasa 30 jam yang lalu, Alexis Mac Allister bermain di Bolivia, mendarat pagi semalam pada jam 4 pagi. Sama-sama kita lihat sama ada dia cergas," kata Klopp.

Liverpool memperkuatkan skuad dengan menyambar bintang Argentina, Mac Allister, Dominik Szoboszlai dari Hungary dan pemain antarabangsa Jepun, Wataru Endo selepas kehilangan pemain tengah, Jordan Henderson dan Fabinho, yang berhijrah ke Arab Saudi.

"Saya sangat gembira dengan kualiti dan potensi yang kami ada, ia sangat bagus," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 9:32 PM