GREALISH terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan paha. FOTO AFP
GREALISH terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan paha. FOTO AFP
ALEXANDER-ARNOLD (kiri) ketika beraksi menentang Villa. -FOTO AFP
ALEXANDER-ARNOLD (kiri) ketika beraksi menentang Villa. -FOTO AFP
Agensi

London: Trent Alexander-Arnold dan Jack Grealish terpaksa diketepikan daripada skuad England selepas mengalami kecederaan.

Alexander-Arnold, 24, menjalani ujian kesihatan pada pagi Isnin selepas kapten Liverpool itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Aston Villa di Anfield.

Alexander-Arnold mengalami kecederaan hamstringnya sehingga terpaksa meninggalkan padang pada separuh masa kedua.

Manakala pemain sayap Manchester City, Grealish, 27, terlepas aksi ketika City mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Fulham Sabtu lalu kerana mengalami kecederaan paha dan terpaksa menarik diri daripada tugasan bersama skuad kebangsaan.

Walaupun tidak jelas sejauh mana tahap kecederaan Alexander-Arnold namun doktor pasukan dan England merasakan adalah lebih baik baginya untuk menarik diri daripada perlawanan menentang Ukraine dan Scotland.

Jurgen Klopp berkata selepas kemenangan ke atas Villa: "Adalah lebih baik jika Trent tidak mengalami hamstringnya. Kami akan mengetahui lebih lanjut selepas imbasan. Harap-harap ia tidak serius.'

Alexander-Arnold dipilih sebagai pemain tengah dalam skuad Gareth Southgate dan dikatakan dalam pertimbangan untuk beraksi diposisi itu apabila menentang Ukraine.

England akan beraksi perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine di Wroclaw, Poland Sabtu ini sebelum menentang Auld Enemy Scotland dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park Selasa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 7:42 AM