ERLING Braut Haaland (kanan) meledakkan ketika pasukan Borussia Dortmund menang 4-0 ke atas Schalke. FOTO AFP
ERLING Braut Haaland (kanan) meledakkan ketika pasukan Borussia Dortmund menang 4-0 ke atas Schalke. FOTO AFP
AFP

Berlin: Borussia Dortmund didenda 75,000 euro (RM368,686) selepas pemain mereka melanggar peraturan kebersihan Liga Jerman ketika meraikan kemenangan dalam bas selepas menang ke atas Schalke.

Liga Bola Sepak Jerman (DFL) mengeluarkan denda selepas melihat video rakaman pemain Dortmund meraikan kejayaan dalam bas pasukan tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Kelab berkenaan menerima hukuman berkenaan dan memohon maaf Ahad lalu. Jerman berada dalam perintah kawalan berkurung sejak November lalu berikutan wabak Covid-19.

DFL turut meneliti insiden membabitkan 200 penyokong yang dibenarkan berada di luar pusat latihan kelab menyambut ketibaan bas di Dortmund selepas kemenangan 4-0 Sabtu lalu.

"Memang tidak perlu dipertikaikan pertembungan membabitkan jiran tetangga itu adalah istimewa itu. Namun kelab mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan memantau peraturan yang ditetapkan.

"Semua perlawanan mesti berlangsung dengan mematuhi konsep kebersihan kesihatan terkini dan sah, termasuk ketibaan dan pelepasan pasukan."

Dortmund memaklumkan bahawa mereka akan berunding dengan polis dan pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengelakkan kejadian serupa itu berlaku di masa depan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 10:34 AM