AARON-Wooi Yik kembali membuatkan Malaysia bernafas semula. FOTO AFP
AARON-Wooi Yik kembali membuatkan Malaysia bernafas semula. FOTO AFP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik berjaya bangkit 'menghidupkan nyawa' skuad Piala Thomas apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, sebentar tadi.

Meskipun tewas set pertama tetapi Aaron-Wooi Yik tangkas bangkit untuk menang dua set berikutnya ke atas beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang 15-21, 21-12, 21-17.

Untuk rekod, kali terakhir pasangan negara menang ke atas Wei Keng-Wang Chang adalah pada awal Januari tahun lalu di Masters Indonesia.

Ketika ini tekanan sudah pasti akan dirasai pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao yang akan turun menentang Li Shi Feng dalam misi untuk mendapatkan mata kedua negara.

Terdahulu, Malaysia sebelum itu membuka langkah kiri apabila Lee Zii Jia tewas kepada pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi 19-21,-5-21

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 7:01 PM