ZII Jia kalah 5-21 di set kedua. FOTO Bernama
ZII Jia kalah 5-21 di set kedua. FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Malaysia bermula langkah kiri apabila pemain perseorangan pertama, Lee Zii Jia gagal menghadiahkan mata pertama di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, sebentar tadi.

Meskipun bermain agak baik di set pertama tetapi momentum itu gagal diteruskan sekali gus menyaksikan Zii Jia tewas straight set kepada wakil tuan rumah, Shi Yu Qi 19-21, 5-21 dalam masa 35 minit.

Kekalahan itu menyaksikan rekod kemenangan ke atas lawannya itu terus berpanjangan selepas enam pertemuan termasuk hari ini dengan lima kemenangan memihak kepada pemain China itu.

Perlawanan kedua bakal membabitkan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam usaha menyamakan kedudukan semula.

Terkini:
Malaysia kembali ketinggalan, Jun Hao kecundang

Malaysia bangkit, ikat China 1-1

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 5:56 PM