JUN Hao gagal meneruskan rentak cemerlang dan terpaksa akur tewas straight set 17-21, 10-21 dalam masa 46 minit. FOTO Bernama
JUN Hao gagal meneruskan rentak cemerlang dan terpaksa akur tewas straight set 17-21, 10-21 dalam masa 46 minit. FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Malaysia kembali ketinggalan 1-2 selepas pemain perseorangan kedua, Leong Jun Hao tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China itu memperlihatkan skrip sama berulang seperti Lee Zii Jia apabila bermula agak baik namun gagal meneruskan rentak cemerlang dan terpaksa akur tewas straight set 17-21, 10-21 dalam masa 46 minit.

Ketika ini tugas genting galas oleh beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang akan turun menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dan wajib menang untuk kembali menyamakan kedudukan sekiranya ingin terus membuka laluan ke final Piala Thomas.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia tewas dalam perlawanan pertama kepada Shi Yu Qi sebelum gandingan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 7:54 PM