JURULATIH beregu campuran negara Nova Widianto. -FOTO NSTP
JURULATIH beregu campuran negara Nova Widianto. -FOTO NSTP
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berharap anak buahnya Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mampu berada dalam kelompok sepuluh terbaik dunia menjelamg Kejohanan Badminton Dunia di Coppenhagen Denmark Ogos ini.

Justeru bagi merealisasikan impian itu, Nova berkata Tang Jie-Ee Wei perlu memberikan aksi yang terbaik pada tiga kejohanan Terbuka Korea, Terbuka Jepun dan Terbuka Australia.

"Waktu latihan untuk pergi ke tiga kejohanan ini lebih panjang jadi kami manfaatkan sebaiknya. Kami sudah kaji apa kekurangan mereka jadi dari situ kami berbincang macam mana nak baiki cara mereka.

"Saya harap keputusan yang baik di kejohanan Korea, Jepun dan Australia sebab ini mungkin menentukan peluang menjadi sepuluh terbaik dunia dan boleh bermain di Kejohanan Dunia di Copenhangen, Denmark," katanya.

Dalam pada itu, Nova ketika diminta mengulas berkenaan prestasi Tang Jie-Ee Wei, dia mengakui anak buahnya masih belum konsisten terutamanya apabila berjumpa lawan sama taraf atau kurang ketika berada dalam gelanggang.

Beliau bagaimanapun yakin anak buahnya mampu terus melakar kejayaan selepas pernah merangkul empat gelaran sebelum ini iaitu Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022, Cabaran Antarabangsa Iran 2023, Kejohanan Badminton Orleans Masters 2023 dan terbaru Terbuka Taiwan bulan lalu.

"Mereka sudah juara (Super 300), jadi harap lepas ini boleh tembus tahap 500 dan 1000 macam di Australia (Super 500) dan Korea Open (Super 500)," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 1:44 PM