PANG Ron-Ee Wei benam pilihan keenam dari India.
PANG Ron-Ee Wei benam pilihan keenam dari India.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei terus mempamerkan aksi memukau apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Taiwan.

Mereka melakukannya selepas menewaskan gandingan India yang juga pilihan keenam kejohanan, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto 21-19, 21-12, hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung selama 32 minit itu, Pang Ron-Ee Wei mempamer aksi kemas dan tidak membenarkan lawan untuk bangkit.

"Hari ini kami bermain dengan sebaik mungkin sahaja, langsung tidak fikir banyak. Kami berikan segala-galanya di atas gelanggang.

"Kami akan bincang semula dengan jurulatih mengenai strategi di separuh akhir," kata Ee Wei.

Pada aksi separuh akhir esok, pasangan negara itu akan bertemu gandingan tuan rumah, Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau.

Kecemerlangan Pang Ron-Ee Wei bagaimanapun tidak dapat diikuti oleh pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei.

Pemain berusia 22 tahun itu tewas kepada pilihan ketujuh dari Jepun, Saena Kawakami 9-21, 21-12, 16-21 pada perlawanan yang berlangsung selama 44 minit itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2022 @ 4:30 PM