Aksi beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. FOTO File NSTP
Aksi beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. FOTO File NSTP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan perjuangan di Terbuka Perancis apabila berjaya mara ke suku akhir.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu mempamer aksi cemerlang menewaskan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-12 dalam tempoh 27 minit, awal pagi tadi.

Diletakkan selaku pilihan keempat, Aaron-Wooi Yik akan bertemu pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada aksi suku akhir awal pagi esok.

Turut melangkah ke suku akhir beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang tidak berdepan masalah menewaskan gandingan England, Callum Hemming-Steven Stallwood 21-8, 21-8 dalam tempoh 21 minit.

Bagaimanapun pilihan ketujuh kejohanan itu berdepan tugas sukar di separuh akhir apabila bakal bertemu pasangan ranking pertama dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di suku akhir.

Terdahulu, dua beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai turut menempah tiket ke suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 9:03 AM