Ronaldo bersama Maria (kiri) dan isteri, Georgina. FOTO File Agensi
Ronaldo bersama Maria (kiri) dan isteri, Georgina. FOTO File Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo menghadiahkan ibunya sebuah kereta Mercedes baharu ketika bintang Juventus itu meraikan Hari Ibu yang disambut di Portugal, semalam.

Ronaldo begitu rapat dengan ibunya, Maria Dolores, 65, yang turut memainkan peranan besar kepada karier bola sepak pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Ibu kepada empat anak itu turut berkongsi kegembiraan dari hadiah terbaharu pemberian anak lelakinya itu dengan memuat naik gambar bersama kenderaan itu di media sosialnya.

Maria bersama Mercedes pemberian Ronaldo. FOTO Instagram Maria Dolores.
Maria bersama Mercedes pemberian Ronaldo. FOTO Instagram Maria Dolores.

"Terima kasih buat anakku di atas hadiah yang saya terima hari ini. Hari gembira buat semua ibu," kata Maria menerusi Instagram kepada 2.2 juta pengikutnya.

Sementara itu, Ronaldo menjadi media sosial sebagai platform untuk mengucapkan ibunya dan Georgina Rodriguez, ibu kepada dua anak lelakinya, Selamat Hari Ibu.

"Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa saya," katanya bersama gambar Maria dan Georgina.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 8:48 AM