RONALDO kembali ke Old Trafford.
RONALDO kembali ke Old Trafford.
AFP

London: Cristiano Ronaldo sekali lagi bakal memakai jersi ikonik nombor tujuh selepas Edinson Cavani bersetuju menyerahkannya kepada bintang Portugal itu .

Red Devils mengesahkan Ronaldo akan disatukan semula dengan nombor legenda itu yang dipakainya ketika beraksi kali pertama bersama United antara 2003 to 2009.

Angka tujuh sangat istimewa dalam sejarah kelab apabila dipakai legenda seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan David Beckham.

Ronaldo, 25, menyertai semula United daripada Juventus minggu lalu tetapi Cavani menggunakan jersi itu sejak awal musim. Namun dia bersetuju bertukar ke nombor 21, jersi dipakai bersama Uruguay, sekali gus memberi laluan kepada bintang Portugal itu memakainya.

Ronaldo berkata: "Saya tak pasti pada awalnya sama ada boleh atau tidak memakai jersi nombor 7 sekali lagi, jadi saya amat berterima kasih kepada Edi yang sedia menukarnya.''

Dalam penampilan pertama bersama United, Ronaldo yang berpindah dari Sporting Lisbon, meledak 118 gol dan meraih sembilan trofi termasuk tiga gelaran Liga Perdana dan satu Liga Juara-Juara dan dijangka aksi sulungnya musim ini ketika menentang Newcastle pada 11 September.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 9:18 AM