PERTAHANAN Scotland, Declan Gallagher (dua dari kiri) mengekang serangan Slovakia. FOTO AFP
PERTAHANAN Scotland, Declan Gallagher (dua dari kiri) mengekang serangan Slovakia. FOTO AFP
AFP

Glasgow: Scotland melebarkan rekod tanpa kalah kepada tujuh perlawanan apabila Lyndon Dykes menjaringkan gol kemenangan mengatasi Slovakia 1-0 di Hampden.

Barisan Steve Clarke melonjak ke puncak Liga B kumpulan 2 dan keputusan itu memberikan satu berita gembira buat Scotland yang menempah tempat ke final playoff Euro 2020.

Kunjungan ke Serbia bulan depan memberi Scotland peluang untuk layak ke kejohanan utama buat pertama kali dalam tempoh 22 tahun.

Namun kempen Liga Negara-Negara turut membuka peluang mendapat tempat ke Piala Dunia 2022.

Clarke membuat empat pertukaran buat Scotland yang mencatatkan kemenangan mengatasi Israel menerusi penentuan sepakan penalti minggu lalu, tampil dengan lebih bertenaga.

Pemain kelahiran Australia, Dykes meledakkan dua gol dalam empat penampilan buat negara angkatnya itu hasil umpanan Stephen O'Donnell minit ke-54.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 10:42 AM