Max Homa, Justin Thomas dan Dustin Johnson berbincang pada sesi latihan di Mamaroneck. FOTO AFP
Max Homa, Justin Thomas dan Dustin Johnson berbincang pada sesi latihan di Mamaroneck. FOTO AFP

TERBUKA Amerika Syarikat akan bermula esok di Winged Foot namun ancaman pandemik yang melanda menyebabkan perancangan bagi edisi ke-120 akan kelihatan sangat berbeza.

"Secara jujurnya saya ingin maklumkan kepada anda, kami fikir untuk menganjurkan Terbuka AS pada Disember ini di Los Angeles," kata Ketua Eksekutif Persatuan Golf AS, Mike Davis.

"Kami sudah hampir melakukannya."

Winged Foot di Mamaroneck, New York, pada asalnya akan menjadi tuan rumah dari 18 hingga 21 Jun.

Namun kalendar golf dunia berubah Mac lalu kerana penularan Covid-19.

Jelajah PGA AS, Jelajah Eropah dan penganjur kejohanan utama terus berusaha memikirkan tindakan yang perlu dilakukan.

Sehingga pengumuman di buat oleh R&R pada Jun lalu, Terbuka British dibatalkan bukannya di tangguh, perkara itu menyebabkan USGA mempunyai peluang untuk menganjurkan Terbuka AS pada September.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 12:48 PM