MICKLESON kini duduki ranking ke-72 dunia. FOTO Agensi
MICKLESON kini duduki ranking ke-72 dunia. FOTO Agensi
Reuters

PHIL Mickelson berkata, dia tidak perlukan tiket istimewa ke Terbuka Amerika Syarikat pada musim panas yang boleh merealisasikan hasrat pemain berusia 49 tahun itu meraih karier Grand Slam, menurut Golf Channel, hari ini.

Menurut Mickelson, dia yakin mampu layak ke kejohanan di Winger Foot dan tidak mahukan sebarang layanan istimewa daripada USGA.

"Saya tidak akan terima,” katanya. “Jadi sama ada saya akan guna cara sendiri atau perlu berusaha untuk layak. Tiada pengecualian.”

Mickelson menamatkan kedudukan di tangga kedua atau enam kali terikat di kedudukan tersebut pada Terbuka AS dengan kali terakhir pada 2013 dan dia bersedia melepasi cabaran dengan cara sendiri.

"Jika saya layak, saya memang berhak. Jika tidak, saya tak perlukan slot simpati.

"Lefty" muncul juara PGA Championship pada 2005, Open Championship pada 2013 dan membawa balik jaket hijau daripada Masters pada 2004, 2006 dan 2010 tetapi rankingnya merosot ke tangga 72 selepas kemerosotan prestasi pada 2019.

Dia pastinya berusaha mara ke kelompok 60 untuk meraih tiket automatik ke kejohanan itu dengan kejohanan AT&T Pebble Beach Pro-Am yang bermula esok sebagai peluang menebus kehampaan. Mickelson muncul juara kejohanan itu tahun lalu dengan tiga pukulan untuk gelaran ke-44 Jelajah PGA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 10:44 AM