Woods buru gelaran di Terbuka AS. FOTO AGENSI
Woods buru gelaran di Terbuka AS. FOTO AGENSI
AFP

Tiger Woods kembali ke Terbuka Amerika Syarikat di Winged Foot minggu ini dengan sasaran untuk menakluk lapangan yang disifatkan sebagai satu daripada tiga yang paling sukar di dunia.

Selama lebih sedekad penguasaan Woods dengan kemenangan besar pertama diraih pada 1997 dan kemenangan ke-14 di Terbuka AS pada 2008, bekas juara dunia itu sudahpun beraksi sebanyak 46 kali secara berturut-turut di kejohanan utama.

Sepanjang 46 kejohanan itu, Wood terlepas satu cut iaitu pada 2006 di Terbuka AS yang berlangsung di Winged Foot.

Woods meraih kemenangan utama yang ke-15 dalam kariernya di Masters tahun lalu, kini mempersiapkan diri untuk memburu satu lagi kejuaraan di New York minggu ini.

Pemain berusia 44 tahun itu percaya hanya Oakmont di Pennsylvania dan Carnoustie Links di Scotland hampir menyamai Winged Foot berdasarkan tahap kesukarannya.

"Selain Oakmont dan saya rasa Carnoustie adalah antara yang sukar," kata Woods.

"Tiga lapangan golf ini boleh menjadi tuan rumah kejohanan utama tanpa perlu dipersoalkan (Winged Foot) atau Oakmont boleh pilih salah satu daripadanya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 11:22 AM