Pemain Lyon, Karl Toko Ekambi (dua kanan) ketika beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis. FOTO File Agensi
Pemain Lyon, Karl Toko Ekambi (dua kanan) ketika beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis. FOTO File Agensi
AFP

LYON menandatangani pemain kebangsaan Cameroon, Karl Toko Ekambi secara tetap menerusi kontrak selama empat tahun dari Villarreal umum gergasi Ligue 1 Perancis itu hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Lyon pada Januari sebagai pemain pinjaman dengan pilihan untuk pembelian sekitar 11.5 juta Euro (RM54.90 juta) yang diterima kelab berkenaan.

Toko Ekambi, yang menjaringkan tiga gol dalam 30 penampilan antarabangsa, meledak dua gol dalam 12 perlawanan ketika dipinjamkan di Stadium Groupama.

Dia meledak 24 kali dalam 62 perlawanan sepanjang setahun setengah musim di Villarreal, berjaya mempamerkan aksi memukau dengan 17 gol dalam Ligue 1 musim 2017-18 ketika di Angers.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 7:23 AM