Aksi Liga Perdana Inggeris yang ditangguhkan berikutan Covid-19. FOTO File Agensi
Aksi Liga Perdana Inggeris yang ditangguhkan berikutan Covid-19. FOTO File Agensi
AFP

LIGA Bolasepak England (EFL) menegaskan perlawanan tidak boleh disambung tanpa ujian 'sesuai' untuk menguji Covid-19 sambil menjelaskan tindakan itu seharusnya tidak membahayakan keselamatan pekerja barisan depan.

Bola sepak profesional di England digantung sejak Mac kerana wabak pandemik itu.

"Sangat jelas, sebelum bola sepak boleh kembali, ujian sesuai untuk semua yang terbabit perlu dilakukan dan ini adalah langkah utama perancangan kami, bagi memastikan tiada impak negatif kepada pekerja barisan depan negara, perkhidmatan keselamatan, liga dan kakitangan kelab," kata EFL.

EPL membuat kenyataan balas terhadap laporan bahawa Liga Perdana mempunyai perancangan tambahan untuk kembali beraksi dalam suasana tertutup pada Jun ini.

EFL adalah badan induk yang mengawal liga selepas Liga Perdana yang juga liga utama bola sepak England.

Kenyataan berkenaan selari dengan komen Majlis Kriket Wales dan England mengenai perlunya 'regim ujian ketara' sebelum musim kriket England yang dilanjutkan sehingga Julai, boleh disambung.

Semua sukan utama di Britain ketika ini ditangguhkan, dengan seluruh UK berada dalam perintah berkurung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 9:21 AM