AS Roma rela berkorban. FOTO AFP
AS Roma rela berkorban. FOTO AFP
AFP

PEMAIN AS Roma dan jurulatih, Paulo Fonseca bersetuju beraksi tanpa dibayar bagi baki saingan musim ini untuk membantu kewangan kelab ketika pandemik Covid-19.

Persetujuan itu bermakna, pemain dan Fonseca serta staf kejurulatihan tidak akan mendapat bayaran gaji bagi bulan Mac, April, Mei dan Jun, walaupun Roma berkata, mereka akan memberikan insentif berdasarkan objektif yang dicapai bagi baki saingan musim ini.

“Ketua pasukan, Edin Dzeko dan semua pemain serta Paulo memahami apa yang kelab ini mahukan dan mereka juga kami juga mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas kesanggupan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Guido Fienga.

Itali mencatatkan lebih 23,000 jumlah kematian akibat Covid-19 dan semua acara sukan ditangguhkan sejak 9 Mac lalu.

Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) berkata, mereka mahu saingan dihabiskan sebaik saja perintah berkurung di Itali berakhir iaitu pada 4 Mei.

Awal bulan ini, beberapa kelab Serie A bersetuju untuk melakukan pemotongan gaji pemain, jurulatih dan staf.

Setiap kelab bersetuju untuk pemotonga gaji di antara dua hingga empat bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 2:06 AM