EL Shaarawy bakal menjadi tonggak penting buat Roma. FOTO Agensi
EL Shaarawy bakal menjadi tonggak penting buat Roma. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pemain antarabangsa Itali, Stephan El Shaarawy sedang menyelesaikan urusan untuk kembali ke kelab Serie A, AS Roma selepas meninggalkan pasukan dari China, Shanghai Shenhua dan perkara itu disahkan jurulatih, Paulo Fonseca.

Penyerang berusia 28 tahun itu meninggalkan Itali pada Julai 2019 untuk beraksi di China dan dia menjaringkan empat gol dalam 14 perlawanan bersama kelab berkenaan.

"El Shaarawy adalah seorang pemain yang mengetahui bola sepak Itali dengan baik dan ia sangat penting.

"Dia akan membantu kami secepat mungkin dan saya rasa dia adalah pemain yang sangat penting buat kami," kata Fonseca.

Beliau mengakui bahawa El Shaarawy memang mahu kembali ke Roma dan ia sangat penting buatnya sebagai jurulatih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 12:11 AM