YAYA menyambar dua bilah pisau dan menikam mangsanya sebanyak dua kali. FOTO AGENSI
YAYA menyambar dua bilah pisau dan menikam mangsanya sebanyak dua kali. FOTO AGENSI
Agensi

IYANNA ‘Yaya’ Mayweather anak perempuan petinju, Floyd Mayweather, ditangkap awal pagi semalam diatas tuduhan melakukan serangan menggunakan senjata yang boleh membawa kematian.

Gadis berusia 19 tahun itu di bawa ke penjara di Harris County, Texas pada jam 1.30 pagi selepas menikam wanita berusia 25 tahun.

Wanita berkenaan, Lapattra Lashai Jacobs dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan terpaksa melakukan pembedahan.

Perbalahan itu berpunca daripada insiden di antara Yaya, penyanyi rap, NBA Youngboy dan Jacobs petang Jumaat lalu.

Ia menyebabkan polis menyerbu ke rumah penyanyi berkenaan dan menahan Yaya.

Polis berkata, Jacobs berada di rumah NBA Youngboy, sebelum Yaya tiba dan menyuruh wanita berkenaan beredar dari situ.

Selepas Jacobs enggan berbuat demikian, perbalahan berlaku sehingga ke bahagian dapur, sebelum Yaya menyambar dua bilah pisau dan menikam mangsanya sebanyak dua kali.

NBA Youngboy, yang mempunyai anak bersama Yaya, digari ketika polis melakukan serbuan namun selepas itu dia dibebaskan.

Yaya dilepaskan daripada penjara dengan ikat jami sebanyak AS$30,000 (RM130,000) dan perbicaraan kes berkenaan akan dijalankan esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 2:03 PM