SUFFIAN meminta pemain bukan sahaja mengutamakan latihan, malah menjaga pemakanan. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
SUFFIAN meminta pemain bukan sahaja mengutamakan latihan, malah menjaga pemakanan. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Asrol Awang


PENGURUS Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang memuji komitmen semua pemain skuad itu sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat ini.

Beliau berkata, segalanya dipantau untuk memastikan semua pemain Tok Gajah menjalankan tanggungjawab mereka dengan menjalani latihan setiap hari.

“Saya juga ada menghubungi pemain untuk bertanya khabar terutama untuk memastikan bukan sahaja pemain, malah ahli keluarga berada dalam keadaan sihat.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen pemain yang menjalani latihan di rumah masing-masing ketika tempoh PKP ini.

“Diharapkan mereka dapat mengekalkan tahap kecergasan mereka dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh ketua jurulatih (Dollah Salleh),” katanya.

Mohammed Suffian berkata, sepanjang tempoh PKP, beliau meminta pemain bukan sahaja mengutamakan latihan, malah menjaga pemakanan.

Katanya, semua pemain juga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang meminta menjaga kesihatan dan sentiasa mengamalkan kebersihan biarpun berada di rumah.

“Oleh itu saya minta semua pemain untuk kekal berada di rumah dan meneruskan rutin latihan harian mereka dalam mengekalkan kecergasan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 12:45 PM