Soccer Football - Campeonato Gaucho - Gremio v Sao Luiz - Arena do Gremio, Porto Alegre, Brazil - March 15, 2020    Gremio players wearing masks before the match is played behind closed doors as the number of coronavirus cases grow around the world       REUTERS/Diego Vara
Soccer Football - Campeonato Gaucho - Gremio v Sao Luiz - Arena do Gremio, Porto Alegre, Brazil - March 15, 2020 Gremio players wearing masks before the match is played behind closed doors as the number of coronavirus cases grow around the world REUTERS/Diego Vara
Reuters

PEMAIN kelab Brazil, Gremio memasuki padang sambil memakai penutup hidung dan mulut sebagai tanda protes perlu beraksi tatkala ketakutan mula menyelubungi benua Amerika Selatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Kesebelasan pemain, diketuai pengurus, Renato Portaluppi, masuk ke padang untuk berdepan Sao Luiz dan berbaris sebelum memulakan perlawanan dengan memakai penutup hidung dan mulut berwarna putih.

“Protes oleh pemain dengan memasuki padang dengan memakai penutup hidung dan mulut ini mempunyai maksud tersirat mengenai kejohanan ini yang tidak dihentikan,” jelas Pengarah Bola Sepak Gremio, Paulo Luz.

Penonton tidak dibenarkan memasuki Arena Gremio bagi Kejohanan Peringkat Negeri Gaucho.

Protes itu diadakan selepas pemain dan kelab di Amerik Selatan mula mempersoalkan keputusan badan induk untuk meneruskan saingan namun di stadium tanpa penonton.

Jurulatih Flamengo, Jorge Jesus merayu agar kejohanan bola sepak dihentikan dengan berkata pemain perlu dilindungan kerana mereka bukannya manusia luar biasa.

Di Argentina, River Plate enggan beraksi dalam saingan Piala Superliga menentang Atletico Tucuman kelmarin.

Kelab Bunos Aires itu menutup stadium mereka, meninggalkan pegawai perlawanan dan menasihatkan pasukan Atletico untuk berada di luar stadium.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 1:34 AM