MATSUYAMA ketika menjalani latihan. FOTO AFP
MATSUYAMA ketika menjalani latihan. FOTO AFP
AFP

Kepulauan Kiawah: Juara bertahan Masters, Hideki Matsuyama sememangnya ingin beraksi di Sukan Olimpik Tokyo namun pada masa sama memahami mengapa begitu ramai rakyat Jepun mahu temasya itu dibatalkan.

Matsuyama yang menghabiskan tempoh kuarantin selama dua minggu selepas meraih kemenangan di Augusta, menyaksikan orang ramai berjalan di sekitar Kepulauan Kiawah tanpa memakai penutup mulut dan hidung ketika menyaksikan sesi latihan menjelang pusingan kejohanan PGA.

Ia menunjukkan proses vaksinasi di Amerika Syarikat (AS) sudah berjaya dan dapat melonggarkan sedikit sekatan terhadap penularan wabak Covid-19, namun situasi sama tidak berlaku di negaranya.

"Virus ini kelihatan berbeza di Jepun berbanding di Amerika Syarikat," kata Matsuyama.

"Lihatlah hari ini. Ramai orang yang menyaksikan golf di sini tidak memakai penutup mulut dan hidung di mana ia tidak berlaku di Jepun.

"Saya memahami mengapa orang ramai menyuarakan kebimbangan untuk tidak menganjurkan Olimpik."

Matsuyama yang menduduki ranking ke-15 dunia, sememangnya mahu temasya sukan terbesar dunia itu dianjurkan, bukan sahaja untuk dirinya malah dinantikan beribu atlet Jepun.

"Secara peribadi, saya sememangnya menantikan temasya Olimpik dan beraksi mewakili negara saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 2:04 PM