SUASANA di setiap kompleks sukan di China lengang termasuk di Pusat Sukan Tertutup Wuhan berikutan wabak koronavirus. FOTO AFP
SUASANA di setiap kompleks sukan di China lengang termasuk di Pusat Sukan Tertutup Wuhan berikutan wabak koronavirus. FOTO AFP
Reuters

KEJOHANAN tenis wanita Terbuka Kunming yang sepatutnya berlangsung April ini di Anning, China dibatalkan berikutan penyebaran wabak koronavirus.

Menurut Jelajah WTA, kejohanan yang akan berlangsung dari 27 April hingga 3 Mei depan di gelanggang tanah liat itu, adalah kejohanan kedua bertaraf 125K dibatalkan disebabkan virus berkenaan selepas Terbuka Xi’an.

Wabak berkenaan sudah mengorbankan 3,000 pesakit dan dijangkiti oleh 89,000 orang seluruh dunia selepas ia mula merebak dari China hujung tahun lalu.

“Keputusan ini dibuat demi kepentingan pemain, staf WTA dan peminat. Kami bersedia untuk menganjurkan semula kejohanan ini di Anning pada 2021,” jelas WTA.

Zhengzhou, Jiangxi, Guangzhou, Wuhan, Beijing, Tianjin dan Zhuhai kesemuanya bersedia untuk menganjurkan kejohanan WTA September dan Oktober depan sebelum lapan pemain terbaik perseorangan bersaing di Jelajah Akhir WTA 1 hingga 8 November di Shenzhen.

“Kami akan terus berhubung dengan pakar perubatan berkenaan dengan virus ini dan sentiasa berhati-hati untuk menguruskan perkara ini ketika situasi yang sangat mencabar,” kata WTA.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 2:35 PM