Maria Sharapova. FOTO File Reuters
Maria Sharapova. FOTO File Reuters
Agensi

JUARA lima kali Grand Slam, Maria Sharapova mengucapkan selamat tinggal buat dunia tenis pada usia 32 tahun.

Dalam laporan yang ditulis untuk Vogue and Vanity Fair, Maria berkata tubuh badannya menjadi sering terganggu selepas bergelut dengan kecederaan bahu.

Pemain Russia itu memenangi Grand Slam pertamanya di Wimbledon pada 2004 di usia 17 tahun dan melengkapkan karier slam - kesemua empat kejuaraan - dengan memenangi Terbuka Perancis pada 2012.

Pada 2016, dia menjalani hukuman penggantungan 15 bulan selepas didapati positif bahan terlarang jenis meldonium.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 9:44 PM