Maria berkongsi cara senaman di media sosial.
Maria berkongsi cara senaman di media sosial.
Agensi

MARIA Sharapova mungkin sudah bersara daripada dunia tenis profesional tetapi juara lima kali Grand Slam itu kekal menjalani latihan untuk berada pada prestasi terbaik.

Bintang jelita dari Rusia kerap menggunakan media sosialnya untuk menayangkan bahawa betapa dia mencintai kecergasan dan sering berkongsi aksi mengadakan senaman.

Dia sememangnya dikenali dengan seorang atlet yang berusaha gigih.

Maria melakukan senaman di pantai dalam sesi yang menyaksikan dia menggabungkan senaman tinju, menggunakan tali dan mengangkat bebanan berat.

Dalam sesi senaman yang dikendalikan Shelby Rogers itu ia seolah-olah memperlihatkan Maria sedang merancang sesuatu.

Menerusi laman sosialnya Maria memberitahu : "Saya sentiasa gemar bersenam dalam memastikan keadaan kekal cergas dan sihat."

Maria mengucapkan selamat tinggal buat dunia tenis pada usia 32 tahun. Dalam laporan yang ditulis untuk Vogue and Vanity Fair, Maria berkata tubuh badannya menjadi sering terganggu selepas bergelut dengan kecederaan bahu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 8:15 PM