Nur Dhabitah (kiri) dan Wendy antara empat penerjun yang sudah mengesahkan diri ke Olimpik Tokyo. FOTO File NSTP
Nur Dhabitah (kiri) dan Wendy antara empat penerjun yang sudah mengesahkan diri ke Olimpik Tokyo. FOTO File NSTP
Ferzalfie Fauzi


BIARPUN sejauh 1,163.3 kilometer dari tempat berlakunya wabak Koronavirus, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) tidak mahu mengambil risiko dengan memanggil pulang atlet terjun mereka pulang ke tanah air.

Setiausaha Agung ASUM, Mae Chen atlet terjun yang mengadakan latihan pusat di Chengdu dijadualkan pulang ke Malaysia pada 2 Februari ini.

"Sekarang ini mereka berada di Chengdu dan setakat ini semuanya dalam keadaan terkawal. Mereka juga hanya tinggal di pusat latihan dan tidak keluar ke mana-mana," katanya.

Antara atlet terjun negara yang berada di Chengdu ialah Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee. Selain Chengdu, seorang lagi atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong berada di Qinhuangdao, China.

Jun Hoong yang dalam usaha untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas baru pulih dari kecederaan berlatih bersama bekas jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang.

Kesemua penerjun negara sedang dalam persiapan rapi untuk menyertai Piala Dunia di Tokyo April ini.

Setakat ini empat penerjun negara sudah mengesahkan diri ke Olimpik Tokyo iaitu Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng (tiga meter papan anjal), Pandelela dan Mun Yee (10m platform dan 10m platform seirama).

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 9:09 PM