PEMAIN Pahang Rangers, Felipe de Souza (dua dari kiri) mengasak kubu Sabah FA pada perlawanan kelmarin. FOTO MOHD RAFI MAMAT
PEMAIN Pahang Rangers, Felipe de Souza (dua dari kiri) mengasak kubu Sabah FA pada perlawanan kelmarin. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Ketua jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas berpuas hati dengan kejayaan skuad bimbinganya menewaskan Sabah FA, 4-3 pada saingan Divisyen Satu Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini, kelmarin.

Berdepan detik cemas selepas kedudukan terikat 3-3 di babak kedua, kebangkitan menghasilkan gol kemenangan begitu bermakna buat skuad Tok Gajah selepas dua kali tewas sebelum ini.

Menurut Casas, dia berpuas hati apabila anak buahnya bangkit semula walaupun hanya mampu mencatat kemenangan tipis.

"Saya dapat lihat kesungguhan pemain sepanjang perlawanan, usaha memburu jaringan dilakukan walaupun begitu sukar menembusi gawang lawan.

"Saya berharap kemenangan ke atas Sabah FA menjadi pembakar semangat untuk memberi persembahan terbaik pada perlawanan selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 8:17 PM