MAYAT lelaki ditemukan 400 meter dari jambatan di laluan Linkedua menghala Singapura hari ini. FOTO Ihsan JBPM Johor.
MAYAT lelaki ditemukan 400 meter dari jambatan di laluan Linkedua menghala Singapura hari ini. FOTO Ihsan JBPM Johor.
Mary Victoria Dass


Iskandar Puteri: Mayat lelaki dipercayai jatuh dari jambatan di laluan Linkedua menghala Singapura pagi tadi ditemukan sekumpulan nelayan pada 2.32 petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mayat mangsa 45 tahun itu ditemukan sekumpulan nelayan berkenaan kira-kira tujuh jam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, mayat ditemukan pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian iaitu di kedudukan menghala ke Forest City di sini.

Menurutnya, mangsa dipercayai hanyut dibawa arus dan tersangkut di persisiran hutan paya bakau.

"Mayat mangsa dibawa ke jeti Jabatan Laut berhampiran untuk diserahkan kepada polis," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh Jambatan Linkedua di laluan menghala ke Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2024 @ 8:10 PM