KLOPP turunkan pemain muda hadapi Aston Villa. - FOTO Reuters
KLOPP turunkan pemain muda hadapi Aston Villa. - FOTO Reuters
Agensi

LIVERPOOL bakal menyenaraikan skuad terkuad bagi menghadapi Piala Kelab Dunia bulan ini dengan pemain muda dijangka diturunkan menentang Aston Villa dalam aksi Piala Liga.

Juara Eropah kendalian Jurgen Klopp dijangka beraksi pada separuh akhir Piala Kelab Dunia di Qatar pada 18 Disember, sehari selepas menentang Aston Villa di Villa Park pada suku akhir Piala Liga.

Liverpool cuba menjadualkan semula perlawanan itu tetapi gagal selepas beberapa siri perbincangan dengan penganjur kejohanan (EFL).

Klopp tiada pilihan selain menamakan dua skuad berbeza untuk kedua-dua perlawanan.

Kelab mengesahkan hari ini kesebelasan terkuat ke Doha bermakna Villa boleh menjangkakan mereka bakal menentang skuad muda Liverpool dalam aksi Piala Liga dengan Harvey Elliott, Neco Williams dan Curtis Jones turut beraksi pada Piala Kelab Dunia.

Hanya Joel Matip, Nathaniel Clyne dan Fabinho dari skuad utama tidak turut serta.

Senarai pemain Piala Kelab Dunia Liverpool:

Alisson, Andy Lonergan, Adrian; Virgil van Dijk, Joe Gomez, Dejan Lovren, Andy Robertson, Alexander-Arnold, Neco Williams; Georginio Wijnaldum, James Milner, Naby Keita, Curtis Jones, Jordan Henderson, Alex Oxlade-Chamberlain, Harvey Elliott, Adam Lallana, Xherdan Shaqiri; Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah, Rhian Brewster, Divock Origi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 9:51 PM