SOUTHGATE berjaya buat skuad England digeruni. FOTO/AFP
SOUTHGATE berjaya buat skuad England digeruni. FOTO/AFP
AFP

SKUAD bola sepak England kini dianggap ancaman besar dalam kejuaraan bola sepak di mana perkara ini tidak berlaku sehinggalah Piala Dunia 2018 di bawah kendalian pengurus Gareth Southgate.

Pengendali Inggeris berusia 49 tahun itu berkata peningkatan yang ditunjukkan pasukan itu menjadikan mereka pencabar utama untuk menjuarai Kejuaraan Eropah tahun depan.

Southgate mencatat kejayaan demi kejayaan sejak mengambil alih tugas daripada Sam Allardyce yang bersara selepas hanya mengendalikan satu perlawanan pada 2016.

Bekas bek tengah yang mewakili England sebanyak 57 kali, menaruh kepercayaan terhadap bakat muda dan taktik itu menjadi.

England mencipta kejutan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, melangkah ke separuh akhir edisi pertama Liga Negara Eropah dan dengan mudah mendahului kumpulan kelayakan Euro 2020.

“Saya fikir kami makin dihormati, dan saya fikir orang melihat kami sebagai ancaman yang mana perkara itu tidak berlaku sebelum Russia,” kata Southgate menjelang undian Euro 2020 di mana pasukan itu menjadi tuan rumah untuk tiga perlawanan peringkat kumpulan.

“Kami sedar kami perlu meningkat ke tahap yang berbeza.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 9:34 PM