HAZARD (kiri) ketika beraksi menentang Galatasaray bulan lalu. — FOTO uefa.com
HAZARD (kiri) ketika beraksi menentang Galatasaray bulan lalu. — FOTO uefa.com
AFP

EDEN Hazard mula menunjukkan prestasi terbaiknya namun ia masih tidak mencukupi buat melonjakkan Real Madrid.

Beraksi di laman sendiri menentang Galatasaray pada kempen Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini, kemenangan akan menjarakkan kedudukan dari penyingkiran dalam Kumpulan A.

Hazard menampilkan aksi mengecewakan di Sepanyol dan jauh meleset daripada jangkaan selepas perpindahan bernilai 100 juta euro (RM462 juta) dari Chelsea Jun lalu.

Seminggu kemudian, 50,000 penyokong berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk melihat Hazard menyarung jersi pasukan itu dan ada yang berlari ke pintu masuk untuk mendapatkan kedudukan lebih baik.

Selepas penyokong meninggalkan stadium Hazard berkata, dia mahu menjadi pemain bintang.

“Saya bukan pemain bintang, bukan lagi, tapi saya harap saya dapat menjadikannya kenyataan satu hari nanti,” katanya.

Namun di sebalik penampilan hebat, gabungan nasib malang dan masalah peribadi menyebabkan pemain berusia 28 tahun itu dikritik penyokong dan wartawan.

Sehari sebelum aksi pertama Madrid di tempat lawan menentang Celta Vigo, Hazard berdepan kecederaan otot paha ketika latihan dan terpaksa menarik diri daripada pasukan.

Dia diketepikan tiga perlawanan sebelum memulakan aksi pertama menentang Paris Saint-Germain, namun ia menjadi detik sukar dilupakan apabila Madrid tewas 0-3.

Hazard sekali lagi berada di bangku simpanan ketika menentang Osasuna, menurut laporan dia berdepan masalah berat badan sebelum memperoleh jaringan pertama menentang Granada.

“Kami tahu kualiti pemain dan kami tahu dia akan menghasilkannya,” kata Zinedine Zidane.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 1:12 PM