Eden Hazard bantu Chelsea juara Liga Europa musim lalu. FOTO Agensi
Eden Hazard bantu Chelsea juara Liga Europa musim lalu. FOTO Agensi
Agensi

EDEN Hazard dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Liga Europa 2018-19, selepas memacu Chelsea memenangi trofi.

Hazard menjaringkan dua gol ketika Chelsea menang 4-1 kepada pencabar Liga Perdana, Arsenal pada final di Baku, Mei lalu, gol yang hanya dijaringkan dalam kejohanan liga kedua Eropah itu musim lalu.

Dia membuktikan kemampuan menerusi dua jaringan final buat Chelsea, dengan penyerang Belgium itu berpindah ke Real Madrid pada penghujung musim lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu mengatasi persaingan daripada bekas rakan sepasukan Olivier Giroud, yang juga penjaring terbanyak Liga Europa musim lepas dengan 11 gol, dan rakan sepasukan kini di Madrid - Luka Jovic yang membantu Eintracht Frankfurt mara ke separuh akhir, sebelum tewas kepada Chelsea.

“Terima kasih kepada semua orang yang mengundi saya dan saya berharap semua pemain yang beraksi di Liga Europa selamat berjaya,” kata Hazard dalam temubual menerusi video pada undian bagi peringkat kumpulan musim ini di Monaco.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:27 PM