Igor Tudor. FOTO Agensi
Igor Tudor. FOTO Agensi
Agensi

UDINESE memecat ketua jurulatihnya Igor Tudor berikutan kekalahan besar ke atas Atalanta dan Roma.

Skuad wakil Itali kendalian Tudor tewas 1-7 di Bergamo Ahad lalu diikuti kekalahan 0-4 di gelanggang sendiri berdepan Roma pada Khamis lalu.

Keputusan itu menyaksikan Udinese hanya mengatasi tiga mata daripada pasukan dalam kelompok penyingkiran dalam Serie A Itali.

Luca Gotti dilantik sebagai pengendali sementara, tetapi bekas jurulatih Itali Bawah 21 tahun Luigi Di Biagio dan bekas bos AC Milan, Gennaro Gattuso menjadi calon pilihan untuk mengambil alih tugas berkenaan secara tetap.

“Ia adalah hari yang sangat sedih. Pada hari perlawanan berdepan Atalanta dan Roma sangat sedih, tetapi beberapa hari ini bertambah lagi kesedihan kerana kami harus mengambil keputusan berat untuk melepaskan Tudor,” kata pengarah teknikal Pierpaolo Marino kepada Udinese TV.

“Ia amat menyedihkan tetapi perlu dilakukan untuk perubahan. Tudor melaksanakan tugas dengan baik, namun dia bukan perkara utama untuk menyelesaikan situasi ini.

“Kami berterima kasih kepada Tudor dan kami harus meneruskan langkah. Sekarang ia terpulang sepenuhnya kepada pasukan untuk mengambil tanggungjawab ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 11:48 AM